Wednesday, June 17, 2009

The Biggest Loser


Assalamualaikum,

yuhuu...mula-mula nak tanya, siapa ada tengok program realiti tv "The Biggest Loser" yang sedang ditayangkan di astro Hallmark Channel (702)?...arini nak tulis pendapat tentang program realiti tv tu...sebab ia amat menarik untuk ditonton oleh umum..cheh skema plak ayat aku ni.. actually, rancangan tu kawan aku sakinah yang bagitahu masa dia datang ke rumah aku bulan lepas. mula-mula aku ingat rancangan apa la yg tajuk nye pun pelik gak "The Biggest Loser"..aku sebenarnya dah lama tak amik port tentang rancangan tv ni, coz aku jarang tgk tv walaupun aku bayar astro tiap-tiap bulan rm 54.95..huh, berkira gak..=)... kalo korang sume nak tahu, aku juz tengok rancangan yang penting dan yang aku suka je..hihi..contoh nye ialah Buletin Utama TV3 (itu harus tengok untuk berita semasa, perkembangan di sekeliling pun kene amik tahu gak). Pastu, aku suka tengok channel AXN, Hallmark, V dan Animax. Tapi ada masa dan rancangan tertentu je aku akan tengok dan juga ikut mood la... okla, kita cite pasal The Biggest Loser plak, rancangan tu mengenai orang-orang yang sudah sangat terlebih berat, eh betul ke ayat yang aku tulis ni???..xpe la asal org paham sudah...pada pendapat aku, rancangan ni sangat bagus, kerana ia banyak menolong orang-orang yang sudah terlebih berat dan wajib mengurangkan berat demi masa depan yang lebih baik dan sihat...

buat pengetahuan semua, rancangan ini amat menitikberat tentang cara pemakanan terutamanye, cara bersenam yang baik untuk kesihatan fizikal dan juga mengajar peserta tentang mengawal emosi serta nafsu makan yang keterlaluan. Di samping itu, ia juga mengamalkan corak pertandingan yang bagus, kerana peserta akan ditimbang selepas 1 minggu berdiet dan bersenam, kemudian satu tahap berat minima ditetapkan dan peserta yang berada di bawah garisan kuning layak untuk diundi keluar. Selain itu, para peserta juga di beri "game" supaya boleh dapat "reward"...

Kepada sesiapa yang ingin mempunyai berat badan yang ideal, boleh la menonton rancangan tersebut kerana ia menunjukkan semangat yang kuat oleh setiap peserta hingga boleh menitis air mata...(aku pun kadang-kadang menagis gak, hihi)...tak mahu cerita panjang, jadi sesiapa yang berminat untuk menonton rancangan tu, boleh la tengok kat Hallmark Channel 702. Waktu siaran aku x pasti sangat coz aku selalu tengok jam 7-8 malam (siaran ulangan musim ke berapa xtahu). pastu jam 9-10malam untuk musim terbaru, kalo x silap la...selamat menonton...daa

No comments:

Post a Comment