Tuesday, June 23, 2009

Berdebar-debar...

Assalamualaikum,

arini aku update blog ni..actually banyak bende yang aku fikirkan sekarang tapi benda paling penting sekarang adalah yang paling mendebarkan dan merisaukan aku...

aduhh...aku tak tau nak cakap macam mana lg, aku sebenarnye menunggu dua berita penting ni.. yang pertama aku dah dapat result nye, aku bersyukur sangat dapat sambung pengajian di peringkat master...Alhamdulillah...aku syukur sangat, semoga aku dapat belajar dengan lebih cemerlang lagi.

satu lagi berita yang aku tunggu ialah penyambungan kontrak kerja ni. Keputusan tu yang paling ditakuti. Maklumlah, sekarang ekonomi dunia gawat, kat Malaysia ni pun tak terkecuali...peluang pekerjaan amat tipis. jadi, apa yang aku harapkan sekarang adalah penyambungan kontrak kerja aku sekarang...

Nak tunggu keputusan dari HQ memanglah lambat, aku sangat takut kerana kalo tak dapat sambung, maka tanam anggur la selepas ni. Aku berdoa dengan penuh harapan agar aku dapat sambung, supaya aku tidak lagi menyusahkan family dengan beban hutang PTPTN ku...Korang pun tolong la doakan aku ek...Terima Kasih...

1 comment:

  1. hei..hei..kata xsuke menulis.skali dia pon ada blog daa.. haha.. aku dh add link ko..hihi.

    anyway,gd luck bebeh!

    congrats for ur masters study..=)

    ReplyDelete